Tuesday 27 May 2014

Iklan Adam Kisah

Ramai yang kata kita tak boleh pertikai sesuatu kejadian dengan menanyakan kenapa..

KENAPA...KENAPA...KENAPA...KENAPA...KENAPA...

*Gelak sorang-sorang

"MAMA, KENAPA ADAM TAK TERAPUNG?"

"KERANA DAYA GRAVITI MENARIK ADAM ....."

"KENAPA?"

"......."

"KENAPA?"

"NANTI MAMA PASTI RINDUKAN ADAM!"

*Adam lompat atas mama dia.. =.=


Kenapa? <--- Sel-sel otak tengah berhubung

Sekarang ni aku rasa sel-sel otak aku tengah berhubung..sebab terlalu banyak kenapa dalam kepala hingga aku tak ada jalan penyelesaian dah. Jalan mati! Stuck!

Kenapa..... Ya Allah...

*sedut nafas panjang sesaaangat! pejam mata

Tenangkan hati aku Ya Allah..tenangkan hati kami..hadirkan keajaibanMu untuk kami. Satukan kami dalam keihlasan. Redhai perjalanan perhubungan kami. Percepatkan ikatan halal itu untuk kami.. Aku benar-benar mengharapkan belas kasihMu Ya Allah.


*raup muka



Tuesday 8 April 2014

Penulisan 5

Makin dekat dengan tarikh ‘final presentation’ makin banyak pulak dah benda yang bermain-main dalam benak fikiran aku ni. Lagi bertambah padat dan hebat semak apabila aku tengok pulak video tu tadi. Hari ni jom lah borak lagi, pasal ....erm...pasal...

Taubat. Ye taubat. Kita semua ada buat dosa kan. Tipu la kalau tak ada dosa kan. Nak tipu pun beragak-agak. Kita buat dosa dan kita semakin hari semakin matang. Kita boleh fikir yang mana baik, mana buruk. Jadi kita cuba untuk keluar dari kancah dosa tu. Persoalannya disini adakah taubat kita diterima oleh Allah? Mesti ada diantara kalian akan cakap tu hal antara kalian dengan Allah atapun kalian mula cakap tentang Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Pengampun dan sebagainya. Ya,budak yang baru masuk pondok pun boleh je nak cakap macam tu. Tapi tak terfikir ke betapa senangnya kita fikir? Semakin senang kita fikir, semakin senang kita melakukan sesuatu perkara tanpa kita rasa benda tu salah.

“Semalam aku tinggi suara kat mak aku. Pagi tadi aku dah mintak ampun dah. Mak aku maafkan aku dah. Kira aku dah taubat la tu kan?” – Ni pernah kawan aku bagitahu aku. Dan lepas tu dia tinggi balik suara dengan mak dia. Ya mintak maaf balik dan buat balik.

“Kita ni budak2 muda, memang kita ada buat salah. Sebab masa muda ni la kita dalam tempoh pembelajaran” – Encik Anon. Ha’ah,tempoh pembelajaran. Kalau dah umur nak masuk 30 tahun boleh cakap macam tu siap kata ‘budak2 muda’ lagi, tak tahu la aku nak kata apa.

Dak..kalian jangan duk murih. Aku bukan nak kata yang aku dah taubat ke apa. Tak pun,aku pun masih jahil kat sini jugak la. Ni kan perbincangan. Perbincangan tentang betapa kita senang nak kata kita taubat walhal kita tak ‘move on’ selangkah pun.

Review aku tentang video aku tengok tadi :

Imam Ghazali pernah ditanya, “Wahai Tuan,kenapa Allah S.W.T panjangkan umur seseorang?”. Dua jawapan diberikan.

1.       Kerana Allah nak bagi manusia tersebut sedar yang dosa dia banyak.
2.       Kerana Allah nak bagi peluang untuk orang tersebut bertaubat dari dosa-dosa dia.

Pintu taubat untuk kita berakhir apabila matahari dah timbul dari barat. Jadi kita-kita ni termasuk aku, nak tunggu sampai masa tu ke? 

Satu keadaan lagi ada keadaan untuk kepada sesiapa yang diantara kita yang sudah pun mula bertaubat.  Adakah anda yakin bahawa bila anda bertaubat,taubat anda terus diterima? Bagi sesiapa yang taubatnya masih tidak diterima pada waktu tu dan sehingga matahari timbul dari barat. Masa untuk taubat dia diterima telah pun tamat. Habis! Apa-apapun kita perlu berbaik sangka dan teruskan berdoa agar taubat-taubat kita diterima oleh Allah.

Aku pun mula terbayang apa ustaz tu habaq dalam video dia tu. Dan aku cuba apply kat diri aku. Aku pejam mata lama-lama, bayangkan masa tu nyawa aku dah hampir habis dah. Datang malaikat cakap kat aku yang sepanjang aku hidup ni tak de satu pun amalan aku dan juga taubat aku yang Allah terima. Satu pun tak terima. Makanya,jika itu takdir aku..hancur jahanam macam tu je la aku kat dalam kubur tu.


Betul..ini bukan masa untuk kita seronok dah. 

Saturday 5 April 2014

Penulisan 4

Topik hari ni macam agak tegang sikit. Pasal jodoh. Jap, aku tak ada bagi tips apa pun jadi tak payah sediakan pen dan kertas. Ni kan blog penulisan,kot ye pun lupa. Nyampah! =P

Jodoh tu rahsia Allah. Tu kita semua tahu kan? Kita tak tahu siapa pasangan kita. Kot-kot orang yang pernah kita duk kata yang kita tak mungkin kawin dengan dia, ataupun kita dah pernah terjumpa dia dekat mana-mana tempat tapi kita tak perasan pun dia. Wahh, misteri betul!

Walau bagaimanapun, Allah beri kita hati. Hati kita milik Dia. Tapi Allah juga Maha Pemurah, Dia beri hati kita yang milik Dia ni rasa perasaan yang mungkin lain dari yang lain. Perasaan tu tak semestinya perlu dirasai ‘on the spot’, kadang-kadang ianya perlu masa yang agak lama. Sebab manusia tak pernah lekang dengan rasa egonya. Mendustkan rasa yang dirasai,apabila dia rasa yang rasa itu tidak selari dengan apa yang dia mahukan. Ahh manusia, sama saja. Tak kira la purdah sampai tutup segala benda, atau serban lilit 40 kali pun masih lagi ada baki berjela. Kalau dah namanya manusia, sama saja. Yang lainnya,cara dia mengawal apabila dia rasa yang dia tak patut mendustakan rasa itu. *pening*

Pernah tak kalian rasa yang perasaan kalian kepada si dia (suka hati siapa) makin menebal walaupun kalian dan dia dilanda 1001 masalah? Atau mungkin kalian dapat rasakan yang dia adalah sebahagian daripada kalian. Dan mungkin juga perasaan yakin kalian tu yang membuatkan kalian terus kuat untuk mengharungi hari-hari bersama dia. Macam-macam la rasa tu. Pernah tak?

Ya betul kita akan ‘proceed’ part jodoh apabila kedua-dua belah pihak itu berkenan antara satu sama lain. Tapi ingat tak dulu-dulu, tok nenek kita ada diantara mereka dijodohkan tanpa mereka sempat rasa berkenan pun. Tapi disebabkan mereka yakin yang ibu bapa mereka jodohkan mereka berdua demi kebaikan ataupun ‘parents’ mereka rasa yang si perempuan ni mampu jaga anak teruna dia dan juga sebaliknya. Jadi, part berkenan antara satu sama lain dah boleh ditolak ketepi dahulu. Sebab aku yakin,rasa tu mampu dipupuk selepas itu. Tapi kena kuat la kan? Sebabnya ‘in case’ kalau isteri boleh hadap muka poyo si suami, tapi si suami masih lagi tak boleh hadap muka isteri sebab dia nak yang lebih menyedapkan mata dia dan menyejukkan hati dia...alamatnya isteri dia makan hati la. Tapi takkan la nak bercerai berai, sedangkan si suami tak tengok pun lagi bonus-bonus yang bakal dia peroleh dengan adanya si isteri tu. Tak boleh la main hentam je cakap tak sesuai atau apa-apa sekalipun.

Hari tu aku ada tengok segmen 30 minit bersama Ustaz Don tu. Katanya jika kita nak borak soal jodoh dan kita tak tahu la macam mana nak buat. Nak terus nikah atau nak kenal dulu sampai A-X, kita boleh rujuk mak kita. Yaa..mak ya bukan bapaknya. Ini kerana naluri mak tu kuat. Mula-mula takkan la kalian nak angkut anak dara/teruna orang pergi jumpa mak. Tak pasal-pasal terkejut biawak pulak budak tu. Mula-mula tunjuk la gambar dulu biar mak tengok muka. Lepas tu dengar pulak komen mak. Dalam masa yang sama suruh la mak doakan, kot-kot mak dapat rasa apa yang tak kena atau apa-apa la. Lepas dah tengok gambar, dan doa serba sikit..baru la set masa bagi perempuan tu kenal mak pulak. Bagi mak tengok depan-depan. Sebab mak ni,dia akan dapat rasa orang tu sesuai tak untuk anak dia. Kita ni anak, muda jadi kita nak ikut sedap tekak kita je. Mak tu mak, dah ada pengalaman. Dia akan lebih fikirkan kedepan hari untuk kebahagiaan anak dia.

Apa-apapun, bagi aku bila kita yakin yang dia jodoh kita. Kita doa,usaha dan serah kat Dia mana yang elok. Kalau tak serasi, kita doa suruh serasi. Paling penting, doa orang yang kita rasa dia tu jodoh kita ke apa ke jadi orang yang baik. Doakan yang baik-baik je untuk dia. Tak payah la sampai doa dia kena pijak treler ke apa. Kejam nau ehh..


Macam biasa, nak share cerita boleh email aku (amaninadzri@hotmail.com )atau PM je kat FB. Nanti kita borak-borak lebih sikit. Bila dah ada geng ni, boleh la kita bukak ruangan pulak kan. Ilmu ada dimana-mana, segan terlepas la nanti. 

Penulisan 3

Hi semua..hi...hi semua...hi. J Apa khabar? Rasa macam baru je regangkan jari menaip tadi. Tapi hati rasa meluap-luap nak menaip lagi. Takpe, aku taip je tanpa berharap reader datang bertali arus. Mana yang ada terbaca penulisan aku ni, korang dah tertakdir untuk baca, yang man abaca separuh jalan dan tekan pangkah pun sebab korang dah ditulis yang setakat itu sahaja korang akan baca. Dah cenggana? Lek ahh...ish.
Kawan-kawan, kadang-kadang kan kita rasa yang hati kita ni sebak je. Rasa kosong sikit, rasa tak tentu arah. Sampai kita naik bengong apa je yang kita perlu buat ni untuk kita ‘slow down’ balik rasa-rasa yang tak enak tu. Wahh,enak sangat! 

Aku pun pernah juga rasa tak keruan macam tu. Rasa yang bila ianya datang, apa je kita nak buat jadi tergendala. Puas juga fikir, macam mana la cara ni. Cuba berborak, duk hu..ha..hu..ha (berborak sambil gelak sakan) tapi lepas tu rasa tu datang semula. Rasa runsing, terbeban..macam-macam.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa apabila Nabi s.a.w runsing terhadap sesuatu perkara, Baginda mendongak ke langit lalu menyebut “Wahai Allah Yang Tetap Hidup, lagi Maha Kekal Mentadbirkan Makhluk selama-lamanya”

Dapat tak ‘key point’ yang cuba aku tunjuk? Ya, doa. Nabi s.a.w doa apabila dia runsing dan ada la rasa-rasa lain lagi.  Dah kalau Nabi tunjuk yang dia pun doa, kita ni ummat biasa je takkan la tak nak ikut. Sah-sah dah Nabi nak tunjuk tu salah satu cara kan? Baik sungguh Nabi kita J
Bila kita doa, kita ‘all out’ walaupun kita tahu Allah sebenarnya dah tahu apa isi hati kita. Dia yang buat kita, dah terang lagi bersuluh Dia lebih tahu. Tak payah korang nak ‘control-control’ dalam doa tu. Nak isteri cantik? Doa la, Ya Allah Ya Tuhanku, berikan aku isteri yang cantik. Doa jelah kan? Lepas tu dapat la isteri, orang pun kata ...

Orang kata : Si Polan ni selalu je aku terdengar dia doa mintak isteri cantik, tapi tadi aku pergi majlis kawin dia aku tengok bini dia tak la cantik pun. Cantik lagi bini aku. Muka dia bla3.....

Kita mintak isteri cantik, Allah bagi. Cantik part mana? Tak semuanya cantik rupa. Kena ingat tu. Kadang-kadang kita tengok rupa dia tak la semegah mana, tapi hati dia cantik. Kadang-kadang kita tengok cantiknya luaran dia, tapi mungkin ada part dalamannya tak cantik. Dan yang mana diantara kalian ni yang pernah pegang watak “orang kata” tu, kalian tak boleh cakap macam tu sebabnya kalian tak tahu part mana isteri si polan tu cantik. Allah bagi kita ni semua balance, tak aka nada yang hebat dari A-Z sepanjang hidup dia. Kawan-kawan, kalian kena ingat yang kita ni hamba Dia. Dan semestinya tiada yang sempurna melainkan Dia. Jangan pertikai part tu J

Berbalik pada topik doa la pulak, bila kalian perlu doa dengan ikhlas tanpa korang fikirkan bila nak makbul ni doa-doa yang kalian mintak, doa tahun lepas dan dua tahun lepas pun Allah tak makbul lagi. Sebabnya bila kalian doa dengan ikhlas, kalian tak harapkan bila nak makbul, itu dan ini, kalian akan rasa lapang dan yakin. Kalian dah doa, kalian usaha jadi itu cukup untuk buat kalian ‘speechless’ dengan apa yang bakal kalian peroleh nanti. Betul.

Cubalah, aku nak cakap betul3x banyak mana pun kalau korang tak cuba dan rasa sendiri pun tak boleh pulak. Teringat aku pada kata-kata seorang sahabat yang sekarang aku tak tahu dia dimana tapi aku yakin dia masih berpijak di bumi Allah ni.

Katanya.. “bila kita rasa suka tentang apa yang kita buat, kita rasa..kita takkan boleh nak share rasa tu dengan orang lain. Orang tu dia kena buat jugak apa yang kita buat untuk dia rasa sendiri. Macam ni la contohnya, depan kita ada segelas ayaq teh. Kita pun duk habaq la kat dia weh ayaq ni manih,sedap,macam-macam kita duk kata. Tapi kawan kita yang duk tengok ja gelas ayaq kita tu, dapat ka dia rasa apa yang kita duk habaq tadi tentang rasa bestnya ayaq teh kita tu? Dak kan? Jadi, dia kena la ambik ayaq teh tu,dia kena minum dan dia kena rasa sendiri best tu. Kita tak boleh nak share rasa, kita sekadar boleh share cerita atau pengalaman kita ja”.

Jadi kalian, cubalah....cubalah...cubalah...moga-moga dengan doa, hati kalian tenang dan lapang. Halau jauh-jauh sikit rasa tak enak tu. Jadi dengan tu, kita lebih tenang bila kita nak dekatkan diri dengan Dia. J

Macam biasa, kalau ada nak share cerita , pengalaman atau apa-apa sahaja dengan aku boleh la email aku ye ( amaninadzri@hotmail.com ) atau boleh PM di Facebook ke. ‘Add’ la aku dulu,karang mesej korang masuk “Other” aku pulak tak perasan.  Kita boleh berkongsi pendapat,idea dan macam-macam lagi. Sampai ketemu lagi, maaf ada salah silap ;) lek ahh..ish!

Penulisan 2

Hari ini pun sama macam penulisan sebelum ni. Ini sekadar penulisan yang aku pun tak tahu adakah ianya memberi manfaat ataupun tidak. Bila ‘gian’ nak menaip datang, mula la macam-macam rasa nak taip dan kongsi.  Penulisan kali ni lebih kepada tenung dan fikir. Kena tenung dalam-dalam dan fikir jauh-jauh. Mula-mula kena la kosongkan fikiran tu dulu. J

Hidup kita ni tak boleh lari dari masalah, masalah itu dan ini. Selesai satu masalah, datang pula satu lagi masalah lain. Kalau tak bernasib baik, berbundle-bundle la masalah tu datang sekaligus. Apabila kita ditimpa masalah, kita ada banyak sangat cara yang kita nak cuba untuk kita ‘release’ rasa ketat dekat dada dan lepas tu baru kita boleh fikir secara rasionalnya bagaimana pula solusi kepada permasalahan tersebut.
Kadang-kadang kita mula mengeluh, kenapa masalah tu selalu timbul sedangkan kita dah ‘all out’ untuk buat yang terbaik dan sehabis baik yang mungkin. Macam tu jugak aku, bermula dari masalah menjadi seorang anak, kakak, pelajar, pasangan dan juga manusia. Tetapi bila masalah tu selalu datang, aku tak boleh nak cakap yang aku sudah lali dengan masalah. Ini kerana masalah yang datang hinggap di bahu selalunya masalah-masalah dalam ‘genre’ yang berlainan.

Tetapi, kalian pernah tak terfikir yang masalah-masalah yang datang hinggap ni selalunya masalah yang lebih kepada duniawi? Ye, duniawi. Masalah apabila kita sebagai seorang anak yang tak boleh nak puaskan hati ‘parents’ kita. Masalah apabila kita sebagai seorang kakak/abang yang tak mampu nak pimpin adik-adik untuk berkelakuan elok seperti yang diharapkan oleh ‘parents’. Ataupun masalah berselisih pendapat dengan tenaga pengajar, mereka sentap dan kita tak tahu macam mana nak handle masalah tu. Mungkin juga masalah apabila pasangan korang tak puas hati dengan korang,banyak la sebabnya kenapa tu kan.. 
Ok, sekarang baca apa yang telah aku taip dekat atas (sikit je tu) dan tenung. Semuanya hal-hal duniawi sahaja kan?

Pencipta kita bagi kita masalah, supaya kita sentiasa ‘upgrade’ tahap diri kita. Bila Dia rasa yang kita mungkin ok, Dia akan bagi pula kita rasa. Rasa dimana itu semuanya duniawi, dan Dia bagi kita rasa untuk terfikir tentang apa yang bakal terjadi selepas itu. SELEPAS ITU yang aku maksudkan adalah apabila kita sudah meninggalkan dunia ni. Hebatkan motif-motif masalah ni datang pada kita?

Cuba ‘jot down’ masalah kalian. Ya, tulis la kat mana-mana pun. Walau bagaimanapun, masalah duniawi tetap perlu difikirkan solusi. Cumanya, apabila kita perlu hadap masalah dunia tu kita tak boleh la cepat je ‘give up’ sebab itu cuma masalah sampingan yang apabila kalian berjaya mengatasinya.. kalian akan mendapat sesuatu yang lebih hebat sebagai ‘reward’. Kita perlu yakin. Yakin yang kita mampu untuk selesaikan dan kita mampu tersenyum lebar selepas itu.


Setakat disini saja, lagi panjang lagi mengarut pulak. Maaf kalau ada silap kata, ni penulisan dari hati saja. Tak perlu kalian nak terasa apa, sebab jika kalian juga pernah berada di dalam situasi ini, percayalah yang ramai lagi diluar sana ‘geng’ dengan kalian. Kalau ada apa-apa nak kongsi, boleh email aku (amaninadzri@hotmail.com) dan boleh PM di Facebook ye. J

Penulisan 1

Ini sekadar penulisan yang aku tak tahu adakah ianya memberi manfaat atau sebaliknya pada kalian yang membaca. Kerana ini penulisan aku, si jahil yang tengah mencari. Bukan seperti pendakwah yang dijulang tinggi-tinggi sehingga apa sahaja diperkatakan, diterima bulat-bulat tanpa ada rasa mahu buat ulangkaji. Chill..

Solat. Ok dah ada bisikan-bisikan qorin yang sedang rancak mempersoal tentang apa bakal aku taip. Tenang semua qorin-qorin. Sekarang kita bukan dalam segmen formal apa pun yang bisa buat kalian menggelupur. Ini sekadar penulisan sahaja, maka tenang dan baca jika sudi.

Pernah tak kalian (muslim amnya, manusia khususnya) rasa yang solat tu membebankan? Pernah? Jawab saja dalam hati, aku tak suruh kalian war-warkan pun. Hehe. Aku tanya, sebab aku pernah rasa solat tu membebankan. Dulu kala, selalu rasa malas sangat nak solat. Tapi kalau tak solat nanti apa pula orang kata. Fullamak, kena pulak kan fikir orang kata. Yelah mestilah kena fikir orang kata sebab aku dulu duduk asrama, balik pulak rumah disuruh-suruh pulak. Takkan la bila disuruh kita nak bentak-bentak pulak kan? Yelah, ni aku cerita pasal aku la ni. Bukan pasal kalian.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan begitu juga tahun. Kalian bukan selalunya berada di takuk lama,kecuali kalian memilih untuk tetap berada disitu. Setelah kalian meningkat dewasa, pernah tak penilaian kalian tentang solat jadi sebaliknya. Maksud aku, kalian mula rasa seronok untuk solat. Kalian solat bukan kerana kalian terpaksa atau itu satu ‘adat’ semata-mata tetapi kalian rasa kalian solat kerana kalian memang seronok nak solat. Seronok yang lagi seronok daripada zumba,poco-poco dan sewaktu dengannya. Seronok kerana kalian mula sedar yang pada ketika solat itulah kalian ada waktu privasi untuk kalian ‘berborak’ sehabis mungkin. Pernah? 

Tak usah la duk buat muka menyampah kat aku macam tu. Aku tanya je, aku bukan cakap pasal aku pun ni. Takdak hari la aku nak masuk bakul angkat sendiri eh. Aku ada guna simbol pertanyaan kan tu...
Bagi kalian yang ada cerita kalian sendiri tentang topik yang aku bualkan ni, kalian boleh kongsi-kongsi. Nak kongsi di ruang komen pun boleh atau secara tertutup di email (amaninadzri@hotmail.com) atau PM saja Facebook aku. Bukan apa, kadang-kadang kita ni rasa kita nak borak tentang hal-hal keagamaan dengan kawan-kawan kita takut kawan-kawan kata kita ni poyo. Padahal kita ni nak luah kebengongan dalam otak kita ni. Bila kongsi-kongsi cerita, mana la tahu kita dapat idea dan kita dapat kurangkan sikit permasalahan dalam kepala.


Apa-apapun, terima kasih kepada yang sudi baca. Yang mana dah menyampah tahap air teh secawan masuk gula sekilo, aku mintak maaf. Kepada yang rasa aku ni taip untuk tunjuk baik, bajet baik atau ‘hek eleh minah ni..menunjuk lah tu’ dan sejawatan dengannya, aku mintak maaf juga. Ni penulisan, bukan apa sangat pun. Apa je penilaian kalian, itu hak kalian. Bagi aku,ini sekadar coretan. Lek lahh..ish. ;) 

Random 2

Rupa

“Hey si cantik yang manis”
Si putih gebu juga manis, si hitam juga ada yang manis.
Kenapa perlu kau spesifikkan ciri-ciri wajah idaman?
Ohh mungkin kau rasa kau layak untuk si wajah itu menghadam wajah kau. Mungkin.
Kejadah.
Rupa yang selalu manusia titik beratkan tanpa dia fikir tentang sesuatu yang lebih utama. Rupa yang telah membuat ramai manusia kecundang. Rupa juga telah menjadi satu titik tolak kepada sesebuah perhubungan untuk masa sekarang.
Rupa yang cantik akan sentiasa dinikmati.
Bukan sahaja oleh para suami tetapi sesiapa sahaja yang ingin. Free show.
Dan apabila kau rasa isteri kau mula manarik perhatian para-para lelaki,
mula kau menggelupur. Cemburu meluap-luap.
“Nah,pakai purdah ni. Jangan tunjuk muka, biar nampak mata saja”.
Si isteri kebengongan, entah suaminya terkena sawan jenis apa. Tetiba saja.
Bila pertanyaan dilemparkan, mula keluar hadis itu dan ini.
Sejuk telinga isteri, rupanya si suami pandai juga bab agama.
Tapi mula panas semula apabila terfikir solat aku pun tidak pernah dia tegur.
Hey, nak sangat yang cantik. Bila kawin dengan si cantik, jangan pula kau lupa untuk ratah segenap inci wajah tu. Dan jangan juga kau berhenti untuk ratah walaupun kedut seribu mula menunjuk belang.
Cemuih. Cemuih dengan orang yang mempersoalkan wajah orang lain. Walhal Dia pun tak pernah persoal wajah-wajah yang celaka tercela apabila wajah-wajah itu menghadapNya.

Rupanya..kau mungkin rasa kau hebat dari Dia..

---------------------------------------------------------------------------

Lemak

Ditayang jika boleh segenap pelusuk dunia. Ini pasangan aku, tengok semua, tengok!
Hidung kembang bak bunga kembang pagi.
Lagi-lagi apabila terdengar puji.
Bila isteri preggy, seronok kau suruh bergaya itu ini. Tak apa tunjuk baby bump, ambil gambar tayang sebesar-besar. Untuk apa?
Nak tunjuk kesuburan sperma kau?
Cukup masa yang kau tunggu, keluar zuriat yang ibarat kain putih yang bakal kau canting.
Gambar anak sentiasa upload, tapi gambar anak atas stroller.
Isteri kau mana?
“Tengah kuruskan badan, berlemak. Malu pulak aku nak tunjuk”.
Sial.
Dia berlemak selepas berjuang untuk kepuasan kerabat kau.

Random 1

Asap
Secangkir kopi pekat yang masih lagi panas,
menampakkan kepul-kepul asap yang sempat singgah di bibir,
hangat sedikit kemudiannya hilang,
adakah begitu juga untuk masalah yang aku pendam?


Persis
Itu dia atau tidak,
ahh mungkin bukan kerana dia bukan disini,
ya mungkin saja wajahnya persis tapi betulkah bukan dia.
Mendekati namum masih jauh inginkan kepastian buat jiwa yang masih ragu,
tidak salah lagi kata jiwa aku memang itu dia,
mengelus lembut pipi yang gebu,
bibirnya bertemu bibir merekah itu,
ya itu dia..jelas itu dia
bersama teman baikku!


Jangan pergi
Apa saja kau mahu, katakan.
Ungkapkan saja semua kerana kau pun tahu aku pasti melakukannya demi mu.
Setelah apa yang telah kita lalui sehingga kini, aku masih setia disini.
Tiada apa yang ingin aku minta dari mu, tapi aku mohon
Duhai cinta..jangan pergi.




Buta
Itu salah aku, ini salah aku.
Kelmarin salah aku dan esok juga pasti akan salahnya aku.
Kerana tangan itu sentiasa menuding kearah aku.
Apakah langsung kau tidak pernah melihat betapa aku gigih berusaha?
Berusaha setiap malam untuk memaafkan kau setiap kali hati aku ini kau carik-carikkan.
Apa kau buta ataupun kau sengaja mendustakannya?




Rindu
Kau hadir dan menjadi bayang diri aku.
Hidup aku sunyi tanpa hadir mu.
Tanya saja hati aku, apakah pernah hati aku ini tidak merindumu?




Sepah
Aku pegang tanganmu setelah kau tarik tangan aku.
Kita menuju ke tempat yang kita idam untuk diami.
Disana cuma ada kita berdua.
Aku ukir cinta di sebelah sana, kau conteng bahagia di merata.
Kau ajar aku itu dan ini.
Aku bahagia. Kita bahagia.
Tapi kenapa hari ini kau mahu ubah semuanya?
Kenapa perlu kita hapuskan tapak-tapak yang pernah kita pijak?
Bukankah kontra itu senantiasa wujud?
Supaya kita lebih memahami dan menyayangi.

Kau bukan madu, dan aku bukan sepah yang boleh kau buang begitu.