Saturday 5 April 2014

Penulisan 4

Topik hari ni macam agak tegang sikit. Pasal jodoh. Jap, aku tak ada bagi tips apa pun jadi tak payah sediakan pen dan kertas. Ni kan blog penulisan,kot ye pun lupa. Nyampah! =P

Jodoh tu rahsia Allah. Tu kita semua tahu kan? Kita tak tahu siapa pasangan kita. Kot-kot orang yang pernah kita duk kata yang kita tak mungkin kawin dengan dia, ataupun kita dah pernah terjumpa dia dekat mana-mana tempat tapi kita tak perasan pun dia. Wahh, misteri betul!

Walau bagaimanapun, Allah beri kita hati. Hati kita milik Dia. Tapi Allah juga Maha Pemurah, Dia beri hati kita yang milik Dia ni rasa perasaan yang mungkin lain dari yang lain. Perasaan tu tak semestinya perlu dirasai ‘on the spot’, kadang-kadang ianya perlu masa yang agak lama. Sebab manusia tak pernah lekang dengan rasa egonya. Mendustkan rasa yang dirasai,apabila dia rasa yang rasa itu tidak selari dengan apa yang dia mahukan. Ahh manusia, sama saja. Tak kira la purdah sampai tutup segala benda, atau serban lilit 40 kali pun masih lagi ada baki berjela. Kalau dah namanya manusia, sama saja. Yang lainnya,cara dia mengawal apabila dia rasa yang dia tak patut mendustakan rasa itu. *pening*

Pernah tak kalian rasa yang perasaan kalian kepada si dia (suka hati siapa) makin menebal walaupun kalian dan dia dilanda 1001 masalah? Atau mungkin kalian dapat rasakan yang dia adalah sebahagian daripada kalian. Dan mungkin juga perasaan yakin kalian tu yang membuatkan kalian terus kuat untuk mengharungi hari-hari bersama dia. Macam-macam la rasa tu. Pernah tak?

Ya betul kita akan ‘proceed’ part jodoh apabila kedua-dua belah pihak itu berkenan antara satu sama lain. Tapi ingat tak dulu-dulu, tok nenek kita ada diantara mereka dijodohkan tanpa mereka sempat rasa berkenan pun. Tapi disebabkan mereka yakin yang ibu bapa mereka jodohkan mereka berdua demi kebaikan ataupun ‘parents’ mereka rasa yang si perempuan ni mampu jaga anak teruna dia dan juga sebaliknya. Jadi, part berkenan antara satu sama lain dah boleh ditolak ketepi dahulu. Sebab aku yakin,rasa tu mampu dipupuk selepas itu. Tapi kena kuat la kan? Sebabnya ‘in case’ kalau isteri boleh hadap muka poyo si suami, tapi si suami masih lagi tak boleh hadap muka isteri sebab dia nak yang lebih menyedapkan mata dia dan menyejukkan hati dia...alamatnya isteri dia makan hati la. Tapi takkan la nak bercerai berai, sedangkan si suami tak tengok pun lagi bonus-bonus yang bakal dia peroleh dengan adanya si isteri tu. Tak boleh la main hentam je cakap tak sesuai atau apa-apa sekalipun.

Hari tu aku ada tengok segmen 30 minit bersama Ustaz Don tu. Katanya jika kita nak borak soal jodoh dan kita tak tahu la macam mana nak buat. Nak terus nikah atau nak kenal dulu sampai A-X, kita boleh rujuk mak kita. Yaa..mak ya bukan bapaknya. Ini kerana naluri mak tu kuat. Mula-mula takkan la kalian nak angkut anak dara/teruna orang pergi jumpa mak. Tak pasal-pasal terkejut biawak pulak budak tu. Mula-mula tunjuk la gambar dulu biar mak tengok muka. Lepas tu dengar pulak komen mak. Dalam masa yang sama suruh la mak doakan, kot-kot mak dapat rasa apa yang tak kena atau apa-apa la. Lepas dah tengok gambar, dan doa serba sikit..baru la set masa bagi perempuan tu kenal mak pulak. Bagi mak tengok depan-depan. Sebab mak ni,dia akan dapat rasa orang tu sesuai tak untuk anak dia. Kita ni anak, muda jadi kita nak ikut sedap tekak kita je. Mak tu mak, dah ada pengalaman. Dia akan lebih fikirkan kedepan hari untuk kebahagiaan anak dia.

Apa-apapun, bagi aku bila kita yakin yang dia jodoh kita. Kita doa,usaha dan serah kat Dia mana yang elok. Kalau tak serasi, kita doa suruh serasi. Paling penting, doa orang yang kita rasa dia tu jodoh kita ke apa ke jadi orang yang baik. Doakan yang baik-baik je untuk dia. Tak payah la sampai doa dia kena pijak treler ke apa. Kejam nau ehh..


Macam biasa, nak share cerita boleh email aku (amaninadzri@hotmail.com )atau PM je kat FB. Nanti kita borak-borak lebih sikit. Bila dah ada geng ni, boleh la kita bukak ruangan pulak kan. Ilmu ada dimana-mana, segan terlepas la nanti. 

No comments: