Saturday 5 April 2014

Random 1

Asap
Secangkir kopi pekat yang masih lagi panas,
menampakkan kepul-kepul asap yang sempat singgah di bibir,
hangat sedikit kemudiannya hilang,
adakah begitu juga untuk masalah yang aku pendam?


Persis
Itu dia atau tidak,
ahh mungkin bukan kerana dia bukan disini,
ya mungkin saja wajahnya persis tapi betulkah bukan dia.
Mendekati namum masih jauh inginkan kepastian buat jiwa yang masih ragu,
tidak salah lagi kata jiwa aku memang itu dia,
mengelus lembut pipi yang gebu,
bibirnya bertemu bibir merekah itu,
ya itu dia..jelas itu dia
bersama teman baikku!


Jangan pergi
Apa saja kau mahu, katakan.
Ungkapkan saja semua kerana kau pun tahu aku pasti melakukannya demi mu.
Setelah apa yang telah kita lalui sehingga kini, aku masih setia disini.
Tiada apa yang ingin aku minta dari mu, tapi aku mohon
Duhai cinta..jangan pergi.




Buta
Itu salah aku, ini salah aku.
Kelmarin salah aku dan esok juga pasti akan salahnya aku.
Kerana tangan itu sentiasa menuding kearah aku.
Apakah langsung kau tidak pernah melihat betapa aku gigih berusaha?
Berusaha setiap malam untuk memaafkan kau setiap kali hati aku ini kau carik-carikkan.
Apa kau buta ataupun kau sengaja mendustakannya?




Rindu
Kau hadir dan menjadi bayang diri aku.
Hidup aku sunyi tanpa hadir mu.
Tanya saja hati aku, apakah pernah hati aku ini tidak merindumu?




Sepah
Aku pegang tanganmu setelah kau tarik tangan aku.
Kita menuju ke tempat yang kita idam untuk diami.
Disana cuma ada kita berdua.
Aku ukir cinta di sebelah sana, kau conteng bahagia di merata.
Kau ajar aku itu dan ini.
Aku bahagia. Kita bahagia.
Tapi kenapa hari ini kau mahu ubah semuanya?
Kenapa perlu kita hapuskan tapak-tapak yang pernah kita pijak?
Bukankah kontra itu senantiasa wujud?
Supaya kita lebih memahami dan menyayangi.

Kau bukan madu, dan aku bukan sepah yang boleh kau buang begitu. 


No comments: