Saturday 5 April 2014

Penulisan 1

Ini sekadar penulisan yang aku tak tahu adakah ianya memberi manfaat atau sebaliknya pada kalian yang membaca. Kerana ini penulisan aku, si jahil yang tengah mencari. Bukan seperti pendakwah yang dijulang tinggi-tinggi sehingga apa sahaja diperkatakan, diterima bulat-bulat tanpa ada rasa mahu buat ulangkaji. Chill..

Solat. Ok dah ada bisikan-bisikan qorin yang sedang rancak mempersoal tentang apa bakal aku taip. Tenang semua qorin-qorin. Sekarang kita bukan dalam segmen formal apa pun yang bisa buat kalian menggelupur. Ini sekadar penulisan sahaja, maka tenang dan baca jika sudi.

Pernah tak kalian (muslim amnya, manusia khususnya) rasa yang solat tu membebankan? Pernah? Jawab saja dalam hati, aku tak suruh kalian war-warkan pun. Hehe. Aku tanya, sebab aku pernah rasa solat tu membebankan. Dulu kala, selalu rasa malas sangat nak solat. Tapi kalau tak solat nanti apa pula orang kata. Fullamak, kena pulak kan fikir orang kata. Yelah mestilah kena fikir orang kata sebab aku dulu duduk asrama, balik pulak rumah disuruh-suruh pulak. Takkan la bila disuruh kita nak bentak-bentak pulak kan? Yelah, ni aku cerita pasal aku la ni. Bukan pasal kalian.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan begitu juga tahun. Kalian bukan selalunya berada di takuk lama,kecuali kalian memilih untuk tetap berada disitu. Setelah kalian meningkat dewasa, pernah tak penilaian kalian tentang solat jadi sebaliknya. Maksud aku, kalian mula rasa seronok untuk solat. Kalian solat bukan kerana kalian terpaksa atau itu satu ‘adat’ semata-mata tetapi kalian rasa kalian solat kerana kalian memang seronok nak solat. Seronok yang lagi seronok daripada zumba,poco-poco dan sewaktu dengannya. Seronok kerana kalian mula sedar yang pada ketika solat itulah kalian ada waktu privasi untuk kalian ‘berborak’ sehabis mungkin. Pernah? 

Tak usah la duk buat muka menyampah kat aku macam tu. Aku tanya je, aku bukan cakap pasal aku pun ni. Takdak hari la aku nak masuk bakul angkat sendiri eh. Aku ada guna simbol pertanyaan kan tu...
Bagi kalian yang ada cerita kalian sendiri tentang topik yang aku bualkan ni, kalian boleh kongsi-kongsi. Nak kongsi di ruang komen pun boleh atau secara tertutup di email (amaninadzri@hotmail.com) atau PM saja Facebook aku. Bukan apa, kadang-kadang kita ni rasa kita nak borak tentang hal-hal keagamaan dengan kawan-kawan kita takut kawan-kawan kata kita ni poyo. Padahal kita ni nak luah kebengongan dalam otak kita ni. Bila kongsi-kongsi cerita, mana la tahu kita dapat idea dan kita dapat kurangkan sikit permasalahan dalam kepala.


Apa-apapun, terima kasih kepada yang sudi baca. Yang mana dah menyampah tahap air teh secawan masuk gula sekilo, aku mintak maaf. Kepada yang rasa aku ni taip untuk tunjuk baik, bajet baik atau ‘hek eleh minah ni..menunjuk lah tu’ dan sejawatan dengannya, aku mintak maaf juga. Ni penulisan, bukan apa sangat pun. Apa je penilaian kalian, itu hak kalian. Bagi aku,ini sekadar coretan. Lek lahh..ish. ;) 

No comments: