Tuesday, 8 April 2014

Penulisan 5

Makin dekat dengan tarikh ‘final presentation’ makin banyak pulak dah benda yang bermain-main dalam benak fikiran aku ni. Lagi bertambah padat dan hebat semak apabila aku tengok pulak video tu tadi. Hari ni jom lah borak lagi, pasal ....erm...pasal...

Taubat. Ye taubat. Kita semua ada buat dosa kan. Tipu la kalau tak ada dosa kan. Nak tipu pun beragak-agak. Kita buat dosa dan kita semakin hari semakin matang. Kita boleh fikir yang mana baik, mana buruk. Jadi kita cuba untuk keluar dari kancah dosa tu. Persoalannya disini adakah taubat kita diterima oleh Allah? Mesti ada diantara kalian akan cakap tu hal antara kalian dengan Allah atapun kalian mula cakap tentang Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Pengampun dan sebagainya. Ya,budak yang baru masuk pondok pun boleh je nak cakap macam tu. Tapi tak terfikir ke betapa senangnya kita fikir? Semakin senang kita fikir, semakin senang kita melakukan sesuatu perkara tanpa kita rasa benda tu salah.

“Semalam aku tinggi suara kat mak aku. Pagi tadi aku dah mintak ampun dah. Mak aku maafkan aku dah. Kira aku dah taubat la tu kan?” – Ni pernah kawan aku bagitahu aku. Dan lepas tu dia tinggi balik suara dengan mak dia. Ya mintak maaf balik dan buat balik.

“Kita ni budak2 muda, memang kita ada buat salah. Sebab masa muda ni la kita dalam tempoh pembelajaran” – Encik Anon. Ha’ah,tempoh pembelajaran. Kalau dah umur nak masuk 30 tahun boleh cakap macam tu siap kata ‘budak2 muda’ lagi, tak tahu la aku nak kata apa.

Dak..kalian jangan duk murih. Aku bukan nak kata yang aku dah taubat ke apa. Tak pun,aku pun masih jahil kat sini jugak la. Ni kan perbincangan. Perbincangan tentang betapa kita senang nak kata kita taubat walhal kita tak ‘move on’ selangkah pun.

Review aku tentang video aku tengok tadi :

Imam Ghazali pernah ditanya, “Wahai Tuan,kenapa Allah S.W.T panjangkan umur seseorang?”. Dua jawapan diberikan.

1.       Kerana Allah nak bagi manusia tersebut sedar yang dosa dia banyak.
2.       Kerana Allah nak bagi peluang untuk orang tersebut bertaubat dari dosa-dosa dia.

Pintu taubat untuk kita berakhir apabila matahari dah timbul dari barat. Jadi kita-kita ni termasuk aku, nak tunggu sampai masa tu ke? 

Satu keadaan lagi ada keadaan untuk kepada sesiapa yang diantara kita yang sudah pun mula bertaubat.  Adakah anda yakin bahawa bila anda bertaubat,taubat anda terus diterima? Bagi sesiapa yang taubatnya masih tidak diterima pada waktu tu dan sehingga matahari timbul dari barat. Masa untuk taubat dia diterima telah pun tamat. Habis! Apa-apapun kita perlu berbaik sangka dan teruskan berdoa agar taubat-taubat kita diterima oleh Allah.

Aku pun mula terbayang apa ustaz tu habaq dalam video dia tu. Dan aku cuba apply kat diri aku. Aku pejam mata lama-lama, bayangkan masa tu nyawa aku dah hampir habis dah. Datang malaikat cakap kat aku yang sepanjang aku hidup ni tak de satu pun amalan aku dan juga taubat aku yang Allah terima. Satu pun tak terima. Makanya,jika itu takdir aku..hancur jahanam macam tu je la aku kat dalam kubur tu.


Betul..ini bukan masa untuk kita seronok dah. 

Saturday, 5 April 2014

Penulisan 4

Topik hari ni macam agak tegang sikit. Pasal jodoh. Jap, aku tak ada bagi tips apa pun jadi tak payah sediakan pen dan kertas. Ni kan blog penulisan,kot ye pun lupa. Nyampah! =P

Jodoh tu rahsia Allah. Tu kita semua tahu kan? Kita tak tahu siapa pasangan kita. Kot-kot orang yang pernah kita duk kata yang kita tak mungkin kawin dengan dia, ataupun kita dah pernah terjumpa dia dekat mana-mana tempat tapi kita tak perasan pun dia. Wahh, misteri betul!

Walau bagaimanapun, Allah beri kita hati. Hati kita milik Dia. Tapi Allah juga Maha Pemurah, Dia beri hati kita yang milik Dia ni rasa perasaan yang mungkin lain dari yang lain. Perasaan tu tak semestinya perlu dirasai ‘on the spot’, kadang-kadang ianya perlu masa yang agak lama. Sebab manusia tak pernah lekang dengan rasa egonya. Mendustkan rasa yang dirasai,apabila dia rasa yang rasa itu tidak selari dengan apa yang dia mahukan. Ahh manusia, sama saja. Tak kira la purdah sampai tutup segala benda, atau serban lilit 40 kali pun masih lagi ada baki berjela. Kalau dah namanya manusia, sama saja. Yang lainnya,cara dia mengawal apabila dia rasa yang dia tak patut mendustakan rasa itu. *pening*

Pernah tak kalian rasa yang perasaan kalian kepada si dia (suka hati siapa) makin menebal walaupun kalian dan dia dilanda 1001 masalah? Atau mungkin kalian dapat rasakan yang dia adalah sebahagian daripada kalian. Dan mungkin juga perasaan yakin kalian tu yang membuatkan kalian terus kuat untuk mengharungi hari-hari bersama dia. Macam-macam la rasa tu. Pernah tak?

Ya betul kita akan ‘proceed’ part jodoh apabila kedua-dua belah pihak itu berkenan antara satu sama lain. Tapi ingat tak dulu-dulu, tok nenek kita ada diantara mereka dijodohkan tanpa mereka sempat rasa berkenan pun. Tapi disebabkan mereka yakin yang ibu bapa mereka jodohkan mereka berdua demi kebaikan ataupun ‘parents’ mereka rasa yang si perempuan ni mampu jaga anak teruna dia dan juga sebaliknya. Jadi, part berkenan antara satu sama lain dah boleh ditolak ketepi dahulu. Sebab aku yakin,rasa tu mampu dipupuk selepas itu. Tapi kena kuat la kan? Sebabnya ‘in case’ kalau isteri boleh hadap muka poyo si suami, tapi si suami masih lagi tak boleh hadap muka isteri sebab dia nak yang lebih menyedapkan mata dia dan menyejukkan hati dia...alamatnya isteri dia makan hati la. Tapi takkan la nak bercerai berai, sedangkan si suami tak tengok pun lagi bonus-bonus yang bakal dia peroleh dengan adanya si isteri tu. Tak boleh la main hentam je cakap tak sesuai atau apa-apa sekalipun.

Hari tu aku ada tengok segmen 30 minit bersama Ustaz Don tu. Katanya jika kita nak borak soal jodoh dan kita tak tahu la macam mana nak buat. Nak terus nikah atau nak kenal dulu sampai A-X, kita boleh rujuk mak kita. Yaa..mak ya bukan bapaknya. Ini kerana naluri mak tu kuat. Mula-mula takkan la kalian nak angkut anak dara/teruna orang pergi jumpa mak. Tak pasal-pasal terkejut biawak pulak budak tu. Mula-mula tunjuk la gambar dulu biar mak tengok muka. Lepas tu dengar pulak komen mak. Dalam masa yang sama suruh la mak doakan, kot-kot mak dapat rasa apa yang tak kena atau apa-apa la. Lepas dah tengok gambar, dan doa serba sikit..baru la set masa bagi perempuan tu kenal mak pulak. Bagi mak tengok depan-depan. Sebab mak ni,dia akan dapat rasa orang tu sesuai tak untuk anak dia. Kita ni anak, muda jadi kita nak ikut sedap tekak kita je. Mak tu mak, dah ada pengalaman. Dia akan lebih fikirkan kedepan hari untuk kebahagiaan anak dia.

Apa-apapun, bagi aku bila kita yakin yang dia jodoh kita. Kita doa,usaha dan serah kat Dia mana yang elok. Kalau tak serasi, kita doa suruh serasi. Paling penting, doa orang yang kita rasa dia tu jodoh kita ke apa ke jadi orang yang baik. Doakan yang baik-baik je untuk dia. Tak payah la sampai doa dia kena pijak treler ke apa. Kejam nau ehh..


Macam biasa, nak share cerita boleh email aku (amaninadzri@hotmail.com )atau PM je kat FB. Nanti kita borak-borak lebih sikit. Bila dah ada geng ni, boleh la kita bukak ruangan pulak kan. Ilmu ada dimana-mana, segan terlepas la nanti.