Ramai yang kata kita tak boleh pertikai sesuatu kejadian dengan menanyakan kenapa..
KENAPA...KENAPA...KENAPA...KENAPA...KENAPA...
*Gelak sorang-sorang
"MAMA, KENAPA ADAM TAK TERAPUNG?"
"KERANA DAYA GRAVITI MENARIK ADAM ....."
"KENAPA?"
"......."
"KENAPA?"
"NANTI MAMA PASTI RINDUKAN ADAM!"
*Adam lompat atas mama dia.. =.=
Kenapa? <--- Sel-sel otak tengah berhubung
Sekarang ni aku rasa sel-sel otak aku tengah berhubung..sebab terlalu banyak kenapa dalam kepala hingga aku tak ada jalan penyelesaian dah. Jalan mati! Stuck!
Kenapa..... Ya Allah...
*sedut nafas panjang sesaaangat! pejam mata
Tenangkan hati aku Ya Allah..tenangkan hati kami..hadirkan keajaibanMu untuk kami. Satukan kami dalam keihlasan. Redhai perjalanan perhubungan kami. Percepatkan ikatan halal itu untuk kami.. Aku benar-benar mengharapkan belas kasihMu Ya Allah.
*raup muka
Random
“You don’t actually have to write anything until you’ve thought it out. This is an enormous relief, and you can sit there searching for the point at which the story becomes a toboggan and starts to slide.” - Marie de Nervaud
Tuesday, 27 May 2014
Tuesday, 8 April 2014
Penulisan 5
Makin dekat dengan tarikh ‘final presentation’ makin banyak
pulak dah benda yang bermain-main dalam benak fikiran aku ni. Lagi bertambah
padat dan hebat semak apabila aku tengok pulak video tu tadi. Hari ni jom lah
borak lagi, pasal ....erm...pasal...
Taubat. Ye taubat. Kita semua ada buat dosa kan. Tipu la kalau
tak ada dosa kan. Nak tipu pun beragak-agak. Kita buat dosa dan kita semakin
hari semakin matang. Kita boleh fikir yang mana baik, mana buruk. Jadi kita
cuba untuk keluar dari kancah dosa tu. Persoalannya disini adakah taubat kita
diterima oleh Allah? Mesti ada diantara kalian akan cakap tu hal antara kalian
dengan Allah atapun kalian mula cakap tentang Allah Yang Maha Pengasih,Maha
Penyayang,Maha Pengampun dan sebagainya. Ya,budak yang baru masuk pondok pun
boleh je nak cakap macam tu. Tapi tak terfikir ke betapa senangnya kita fikir? Semakin
senang kita fikir, semakin senang kita melakukan sesuatu perkara tanpa kita
rasa benda tu salah.
“Semalam aku tinggi suara kat mak aku. Pagi tadi aku dah
mintak ampun dah. Mak aku maafkan aku dah. Kira aku dah taubat la tu kan?” – Ni
pernah kawan aku bagitahu aku. Dan lepas tu dia tinggi balik suara dengan mak
dia. Ya mintak maaf balik dan buat balik.
“Kita ni budak2 muda, memang kita ada buat salah. Sebab masa
muda ni la kita dalam tempoh pembelajaran” – Encik Anon. Ha’ah,tempoh pembelajaran.
Kalau dah umur nak masuk 30 tahun boleh cakap macam tu siap kata ‘budak2 muda’
lagi, tak tahu la aku nak kata apa.
Dak..kalian jangan duk murih. Aku bukan nak kata yang aku
dah taubat ke apa. Tak pun,aku pun masih jahil kat sini jugak la. Ni kan
perbincangan. Perbincangan tentang betapa kita senang nak kata kita taubat
walhal kita tak ‘move on’ selangkah pun.
Review aku tentang video aku tengok tadi :
Imam Ghazali pernah ditanya, “Wahai Tuan,kenapa Allah S.W.T
panjangkan umur seseorang?”. Dua jawapan diberikan.
1.
Kerana Allah nak bagi manusia tersebut sedar
yang dosa dia banyak.
2.
Kerana Allah nak bagi peluang untuk orang
tersebut bertaubat dari dosa-dosa dia.
Pintu taubat untuk kita berakhir apabila matahari dah timbul
dari barat. Jadi kita-kita ni termasuk aku, nak tunggu sampai masa tu ke?
Satu keadaan lagi ada keadaan untuk kepada sesiapa yang diantara kita yang sudah pun mula bertaubat. Adakah anda yakin bahawa bila anda bertaubat,taubat anda terus diterima? Bagi sesiapa yang taubatnya masih tidak diterima pada waktu tu dan sehingga matahari timbul dari barat. Masa untuk taubat dia diterima telah pun tamat. Habis! Apa-apapun kita perlu berbaik sangka dan teruskan berdoa agar taubat-taubat kita diterima oleh Allah.
Aku pun mula terbayang apa ustaz tu habaq dalam video dia
tu. Dan aku cuba apply kat diri aku. Aku pejam mata lama-lama, bayangkan masa
tu nyawa aku dah hampir habis dah. Datang malaikat cakap kat aku yang sepanjang
aku hidup ni tak de satu pun amalan aku dan juga taubat aku yang Allah terima. Satu
pun tak terima. Makanya,jika itu takdir aku..hancur jahanam macam tu je la aku
kat dalam kubur tu.
Betul..ini bukan masa untuk kita seronok dah.
Subscribe to:
Posts (Atom)